Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Seorang Yang Hipokrit” – Dikecam Seksi Jual Pasta, Nabila Huda Bersuara

Ohmedia nabila Huda

Oh! Artis

“Saya Bukan Seorang Yang Hipokrit” – Dikecam Seksi Jual Pasta, Nabila Huda Bersuara

Nabila Huda tampil bersuara selepas dikecam pakai off shoulder ketika menjual pasta.

Pelakon popular Nabila Huda tampil bersuara selepas menerima kecaman netizen berhubung cara pemakaiannya ketika mengendalikan jualan pasta menerusi program Amore In Cucina Tour.

Isu itu mula hangat diperkatakan selepas tular gambar Nabila Huda memakai pakaian off shoulder ketika memasak dan menjual pasta kepada pelanggan.

“Handle makanan tolong ada perasaan malu” – Netizen kecam Nabila Huda

Nabila Huda

Menerusi ruangan komen di Threads, ada segelintir netizen mendakwa pelakon itu tidak menjaga etika pemakaian ketika mengendalikan makanan.

IKLAN

Nabila Huda bersuara

Susulan kecaman, Nabila Huda akhirnya tampil menjelaskan bahawa Amore In Cucina Tour bukanlah sebuah bisnes besar seperti yang disangka ramai.

Nabila Huda

Menurut Nabila Huda, tour tersebut hanyalah projek kecil-kecilan yang dibuat dengan penuh ikhlas untuk berkongsi masakan bersama peminat.

Tambahnya lagi, semua perkara dilakukan sendiri termasuk memasak, memandu dan menjual makanan dalam kuantiti terhad sahaja.

Nabila Huda

Dalam masa sama, Nabila Huda turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak seolah-olah mahu dirinya berubah menjadi individu lain semata-mata untuk memuaskan hati orang ramai.

Nabila Huda

Malah, pelakon itu mengakui dia mula terfikir untuk menghentikan tour tersebut selepas usaha kecilnya terus disalah anggap oleh segelintir netizen.

Pssttt! Media sosial memang tempat semua orang bebas beri pendapat, tapi kadang-kadang kecaman melampau boleh membuatkan seseorang hilang semangat untuk terus berkarya atau berkongsi sesuatu yang dibuat dengan ikhlas.

Kredit: Thread Nabila Huda
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas