Connect with us

Oh! Media

“Jangan Sesekali Sebut Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin” – Norreen ‘Throwback’ Zaman Susah Dengan Suami

Ohmedia norreen Iman 1

Oh! Artis

“Jangan Sesekali Sebut Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin” – Norreen ‘Throwback’ Zaman Susah Dengan Suami

Norreen Iman imbau hidup susah bersama suami dan tidak setuju dunia kejam pada lelaki miskin.

Terdahulu, suami kepada pempengaruh popular, Norreen Iman iaitu Razzi Razak menjelaskan isu ‘lelaki miskin’ yang menjadi viral baru-baru ini.

Menurut Razzi, video tersebut hanyalah untuk motivasi diri dan tidak ada kaitan dengan isterinya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

BACA: “Aku Tak Cakap Wife Hina Aku” – Suami Norreen Iman Tampil Jelaskan Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’

IKLAN

Terbaru, Norreen turut memberi respons balas kepada penjelasan suaminya itu. Menurut Norreen, mereka yang kini dalam proses bercerai perlu menjaga nama kedua-dua belah pihak.

“Sama-sama kita ni budak flat..”

Pelakon ini turut mengimbau kenangan susah bersama suaminya suatu masa dulu. Kata Norreen, mereka hanyalah budak flat dan selesa ke mana je dengan menggunakan motosikal.

Norreen

Selepas 7 tahun berkahwin, barulah mereka direzekikan kereta untuk keselesaan anak-anak. Tambahnya, setiap hari mereka berkongsi wang RM5 untuk membeli makanan.

Malah, menu wajib setiap hari adalah nasi goreng untuk menjimatkan lauk di dapur. Dalam perkongsian itu, Norreen turut mengenang kembali kerja keras yang mereka buat demi mencari sesuap nasi.

Jadi Norreen tidak bersetuju dengan kenyataan ‘dunia kejam pada lelaki miskin’ kerana semuanya adalah rezeki daripada Allah SWT.

Pssttt! Apa yang dikongsikan Norreen ini memang ‘real’ dan dekat dengan kehidupan ramai orang. Susah senang itu normal dalam hidup, tapi jangan sampai kita salahkan dunia. Kadang-kadang, apa yang kita lalui itulah yang membentuk siapa kita hari ini.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas