Branded
ULTRA Prepaid U Mobile Memang ‘Game Changer’ Buat Kaki Strim & Peminat Bola!
Masalah paling besar yang seringkali kita hadapi apabila tibanya musim bola ni adalah internet perlahan betul tak?
Bayangkan tengah khusyuk tengok saat-saat genting penentu kemenangan ni, tiba-tiba buffering. Aduh, potong mood terus sebab tak dapat nak tengok secara langsung!
Itu kalau streaming, kalau secara live pula, nak muat naik Instagram Story tak lepas pula sebab internet lambat. Mana taknya, dalam stadium ada beribu peminat yang nak menggunakan rangkaian juga!
Ish, ish, ish, kesian kadang-kadang. Tapi tak apa, jangan risau sebab dengan pelan ULTRA Prepaid daripada U Mobile, korang dah tak perlu nak hadapi situasi macam ni lagi dah.
500GB Tanpa Had Kelajuan, Ini Sebab Kenapa Perlu Tukar Kepada ULTRA Prepaid!
U Mobile hadir dengan pelan ULTRA Prepaid, di mana ia menawarkan pelan-pelan terbaik dalam kelasnya.
Apa yang best dengan ULTRA Prepaid ini adalah ia mempunyai kuota data kelajuan tanpa had sehingga 500GB dan boleh dapat dengan harga serendah RM28 saja tau.
Dalam pelan ini, korang juga ditawarkan PERCUMA ULTRAHOTSPOT dengan internet kelajuan tanpa had! Haa, nak kongsi hotspot dengan ahli keluarga atau kawan-kawan lepas ni dah tak jadi masalah lagi dah.
Menariknya, dalam siri ini terdapat beberapa pelan, tapi bagi kami pelan ULTRA Prepaid 38 adalah yang terbaik sebab korang boleh nikmati kelajuan internet tanpa had dengan kuota sebesar 250GB pada harga RM38 saja. Berbaloikan?
Bayangkan RM38 tu korang dah boleh strim video bola atau binge-watch drama dengan resolusi tinggi tanpa sebarang gangguan. Memang padu!
Untuk pengetahuan, ULTRA Prepaid U Mobile menyokong 5G SA, di mana ia adalah rangkaian yang berdiri sendiri tanpa bergantung pada 4G, menjadikan internet lebih pantas dan sambungan akan jadi lebih stabil dan konsisten.
Nak tahu apa yang lagi padu? Kami dekat tengah-tengah bandar pun mampu mencecah 1.4Gbps tau. Rasa macam boleh pergi lagi ni!
Dengan kelajuan ini, korang nak main video game ke, nak binge-watch drama ke, nak strim perlawanan bola sepak pun tak ada masalah tau!
Jadi Yang Pertama Update Gol Kemenangan Di Stadium Dengan ULTRA5G Priority
Siapa yang suka pergi stadium tengok bola atau konsert tu, korang memang kena guna ciri ULTRA5G Priority yang tersedia dalam pelan ULTRA Prepaid.
Apa yang bagus dengan ciri ini adalah ia akan berikan keutamaan ketersambungan ke atas rangkaian korang berbanding rangkaian lain tau.
Erti kata lain, dalam beribu-ribu manusia dalam stadium yang sedang menonton bola sepak, rangkaian korang akan diutamakan dulu dan korang boleh jadi antara yang terawal update Instagram Story. Baguskan?
Korang boleh dapatkan ciri ini melalui pembelian atas permintaan pada harga RM2 untuk sejam dan RM5 untuk 3 jam. Manakala, kalau korang dapatkan pelan ULTRA Prepaid 50, korang akan dapat 2 pas ULTRA5G Priority secara percuma.
Kalau nak slow-slow start tengok dulu, korang boleh cuba pek permulaan serendah RM10 yang boleh dibeli secara dalam talian atau di mana-mana cawangan U Mobile.
Dalam pek permulaan ini, korang boleh nikmati kelajuan internet tanpa had dengan kuota 20GB, panggilan tanpa had serta percuma ULTRAHOTSPOT.
Tukar Kepada ULTRA5G Sekarang, Internet Ultra Pantas Dengan Harga Lebih Jimat
Memang tak disangkal lagi, dengan semua kelebihan yang ditawarkan dalam pelan ini, ia adalah pilihan terbaik untuk keperluan internet harian kita.
Dengan harga dan tawaran yang cukup berbaloi, korang memang kena tukar telco kepada U Mobile. Tak percaya, korang boleh buat perbandingan sendiri.
Nak kekalkan nombor sedia ada pun boleh, korang hanya perlu pilih Switch to U semasa pembelian SIM atau maklumkan pada kakitangan U Mobile untuk bantuan proses penukaran.
Maklumat lanjut tentang layari laman web rasmi U Mobile atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM