Connect with us

Oh! Media

“Terang-Terang Bukan Saya” – Siti Khadijah Bakal Saman Netizen ‘Edit’ Video Dengan Daddy Ash

Ohmedia siti Khadijah

Oh! Artis

“Terang-Terang Bukan Saya” – Siti Khadijah Bakal Saman Netizen ‘Edit’ Video Dengan Daddy Ash

Siti Khadijah mahu heret individu sunting video dengan lelaki ke mahkamah.

Nama pelakon Siti Khadijah Halim tiba-tiba jadi bualan hangat apabila dirinya dikaitkan dengan satu video yang telah disunting dan tular di media sosial bersama individu dikenali sebagai Daddy Ash.

Lebih mengejutkan, video tersebut bukan sahaja mengelirukan, malah turut menyebabkan ramai netizen salah faham hingga mengaitkan Siti dengan perkara yang langsung tidak benar.

Siti Khadijah nafi terlibat, video adalah suntingan AI

Siti Khadijah

Tidak berdiam diri, Siti tampil menjelaskan bahawa individu dalam video tersebut bukan dirinya dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan perkara tidak sahih.

IKLAN

Boleh tak lain kali tolong jangan libatkan Siti dalam benda-benda bodoh macam tu? Saya ni malas betul buang masa fikir benda-benda macam ni. Sebab terang-terang bukan saya. Saya takkan buat pun. Dalam otak ni nak kerja, kumpul duit untuk hari tua sahaja.

Menurut Siti, dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan video yang diedit itu dan kecewa kerana terpaksa melayan isu yang disifatkan sebagai tidak berfaedah.

Mahu ambil tindakan saman

Siti Khadijah Halim

Dalam masa sama, Siti turut meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang menyebarkan kandungan tersebut.

Jelasnya, dia tidak mahu isu ini berakhir tanpa sebarang tindakan kerana ia telah mengganggu kehidupan hariannya.

Siti juga memberi bayangan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran video tersebut.

Pssttt! Zaman sekarang memang mudah untuk sesuatu kandungan jadi viral, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Bila dah melibatkan nama dan maruah seseorang, perkara kecil pun boleh jadi besar. Harap semua lebih bertanggungjawab sebelum tekan butang ‘share’.

Kredit: Instagram Siti Khadijah Halim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas