Oh! Artis
“Nampak Tali Merah Tu” – Pakaian Bella Astillah Ditegur Terlalu Seksi
Netizen siap kaitkan dengan status tunang YB Syed Saddiq.
Nama selebriti popular Bella Astillah kembali menjadi perhatian disebabkan penampilannya yang didakwa terlalu seksi.
Menerusi satu perkongsian oleh akaun juruhias rambut, Bella dilihat tampil anggun dengan gaya rambut sanggul moden, namun pakaian yang dipakainya pula mengundang pelbagai reaksi netizen.
Netizen fokus pada bahagian belakang pakaian

Menurut netizen, pakaian yang menampakkan bahagian belakang yang agak terbuka itu tidak sesuai dipakai Bella.
Lebih hangat, ada juga netizen yang mengaitkan penampilan Bella dengan status dirinya yang kini dikatakan tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Segelintir komen mempersoalkan imej yang dibawa, dengan mengatakan Bella sepatutnya menjaga penampilan lebih sopan memandangkan pasangannya merupakan figura politik.

Namun, perkara itu turut mengundang perdebatan apabila ada yang merasakan isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan dan bersifat terlalu peribadi.

Pssttt! Bila melibatkan selebriti dan figura awam, memang setiap gerak-geri akan diperhatikan. Tapi dalam masa sama, kita juga kena ingat untuk tidak terlalu cepat menghukum hanya berdasarkan penampilan. Hormat pilihan individu, tapi sensitiviti masyarakat juga penting untuk dijaga.
Kredit: Thread Ar Bridal Touch
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM