Trending
“Dia Ni Tak Kosong, Memang Pemakai” – Bekas Abang Ipar Buat Hal Lagi, Adik Jahidah Bersuara
Bekas isteri Jahidah yang menjalani penangguhan hukuman akibat mencederakan isteri didakwa buat hal lagi.
Nama lelaki dikenali sebagai Rosmaini kembali menjadi perhatian apabila timbul dakwaan baru yang mengaitkannya dengan satu lagi kes keganasan rumah tangga.
Sebelum ini, Rosmaini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah (koma) ke atas bekas isteri ketiganya yang hamil, Jahidah Nordin, pada Mei 2021.
Namun, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membenarkan penangguhan hukuman tersebut.
Lagi kes keganasan rumah tangga didakwa suspek yang sama

Terbaru! Rosmaini sekali lagi terpalit dengan dakwaan pukul isteri. Kali ini didakwa melibatkan isteri yang baru dikahwininya di Thailand pada Disember 2025.
Mangsa didakwa dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu hingga alami keguguran.
Adik Jahidah dakwa Rosmaini tak kosong
Tidak tahan melihat apa yang berlaku, adik kepada Jahidah tampil bersuara di media sosial dengan mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap bekas abang iparnya itu.

Dakwanya Rosmaini seorang yang licik dan cuba menyembunyikan kejadian sebenar daripada keluarga dengan mengelak komunikasi bertulis.
Selain isu keganasan, adik Jahidah itu turut membuat dakwaan bahawa Rosmaini ‘tidak kosong’ dan ada memakai sesuatu yang dikaitkan dengan perkara mistik.
Korang ingat la muka dia ni. Dia ni tak kosong ya sebab kat rumah yang mereka tinggal kami ada jumpa macam satu benda kat atas grill. Dia memang pemakai.
Walaupun dakwaan ini sukar dibuktikan, ia tetap menjadi perhatian netizen yang mengikuti perkembangan kes ini.
Pssttt! Kes seperti ini memang sangat menyentuh hati, lebih-lebih lagi bila melibatkan mangsa yang kini hidup dengan kesan kekal. Harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus dan memastikan keadilan benar-benar ditegakkan. Dalam masa sama, masyarakat juga perlu lebih peka dan berani bersuara jika berlaku keganasan rumah tangga di sekeliling mereka.
Kredit: Facebook Fazariah Nordin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM