Oh! Artis
“Slay Queen” – Netizen Puji Bella Astillah, Tenang Kongsi Gambar Selfie Sambil ‘Peace’
Netizen puji sikap tenang Bella Astillah tak layan provokasi.
Di tengah-tengah pelbagai spekulasi yang hangat diperkatakan, pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilihat kekal tenang dengan perkongsian terbarunya di Threads.
Tanpa sebarang kenyataan panjang, Bella memilih untuk berkongsi momen santai yang cukup sederhana, namun berjaya mencuri perhatian ramai.
“Happy Sunday semua” – Bella

Menerusi hantaran tersebut, Bella memuat naik sekeping gambar selfie sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ dengan kapsyen ringkas.
Kadang yang sederhana, paling bermakna. Happy Sunday semuaaa.
Ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada netizen yang kagum dengan sikap tenang Bella dalam menghadapi situasi.
Ada yang menyifatkan Bella sebagai “slay queen” kerana kekal positif dan tidak melayan kontroversi secara terbuka.
Pssttt! Kadang-kadang diam itu lebih kuat daripada seribu kata. Cara Bella handle situasi dengan tenang memang patut dipuji. Dalam dunia media sosial yang penuh drama, kekal positif dan fokus pada diri sendiri mungkin pilihan paling bijak.
Kredit: Thread Bella Astillah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM