Connect with us

Oh! Media

Pengasuh Nekad Ambil Rayyan Jadi Anak Angkat, Sebulan Tunggu Ibu Tak Kunjung Datang

Ohmedia pengasuh Rayyan

Trending

Pengasuh Nekad Ambil Rayyan Jadi Anak Angkat, Sebulan Tunggu Ibu Tak Kunjung Datang

Rayyan ditinggalkan kepada pengasuh lebih sebulan oleh ibunya sendiri.

Seorang kanak-kanak kecil sepatutnya hidup dalam pelukan kasih sayang ibu sendiri. Namun bagi Rayyan, usia empat tahun sudah cukup untuk merasai erti ditinggalkan tanpa khabar.

Bayangkan, selama sebulan dia hanya menunggu tetapi insan yang diharapkan langsung tidak muncul.

Ibu cari pengasuh sepenuh masa, tiada duit nak bayar

Menurut laporan Malaysiakini, segalanya bermula apabila seorang wanita menghubungi pengasuh dikenali sebagai Dayang untuk menjaga anaknya secara sepenuh masa.

IKLAN

Bayaran dikenakan adalah RM800 sebulan dengan syarat kanak-kanak itu perlu dibawa balik sekurang-kurangnya seminggu sekali dan si ibu bersetuju.

Pengasuh
Kredit Foto MalaysiaKiniPuteri Nordahlilah Azmi

Namun, si ibu meminta bayaran dibuat pada hujung bulan memandangkan dia baru je bekerja di sebuah kilang.

Dayang bagaimanapun bertegas meminta bayaran pendahuluan untuk mengelakkan penipuan.

Pada 26 Mac, si ibu menghubungi Dayang dalam keadaan terdesak memberitahu pengasuh asal menolak Rayyan pada saat akhir.

Atas dasar kemanusiaan, Dayang menerima Rayyan sebagai anak asuhan walaupun si ibu tidak mampu membuat sebarang bayaran.

Hari demi hari berlalu, si ibu hanya membayar RM100 membuatkan pengasuh meminta si ibu mengambil semula anaknya.

Saya turut menawarkan untuk menghantar Rayyan pulang, namun sang ibu gagal memberikan alamat dan terus mengelak.

Keadaan menjadi lebih pelik apabila seorang lelaki yang mengaku sebagai ayah angkat tampil membuat bayaran RM150 pada 5 April.

Si ibu juga memberitahunya bahawa Rayyan akan diambil oleh lelaki terbabit.

Dari rasa simpati, lahir tanggungjawab seorang ibu

Melihat keadaan Rayyan yang kurang perhatian dan semakin rapat dengannya, Dayang mula berfikir lebih jauh tentang masa depan kanak-kanak itu.

Pengasuh
Kredit Foto MalaysiaKiniPuteri Nordahlilah Azmi

Keputusan besar akhirnya dibuat apabila dia tampil membuat laporan kepada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) demi memastikan nasib Rayyan terbela.

Sepanjang dia berada di bawah jagaan saya, saya melihat sendiri keadaan dia yang kurang mendapat perhatian daripada ibu kandungnya. Rayyan pula semakin rapat dengan saya dan keluarga, dan mula menganggap saya seperti ibunya sendiri.

Pada 9 April, Dayang akhirnya nekad untuk mengambil Rayyan sebagai anak angkat. Walaupun pada awalnya ibu kandung tidak bersetuju, keputusan itu berubah hanya beberapa jam kemudian.

Kini, proses dokumentasi sedang dijalankan bersama JKM dan JPN bagi mengesahkan status tersebut secara rasmi.

Dalam tempoh yang singkat itu, hubungan antara Rayyan dan keluarga Dayang semakin erat. Kanak-kanak itu kini dilihat selesa dan bergantung sepenuhnya kepada wanita tersebut.

Malah, Dayang turut merancang untuk menghantar Rayyan ke tadika serta membantu mengatasi masalah lambat bercakap yang dihadapinya.

Pssttt! Kisah ini benar-benar menyentuh hati dan dalam masa sama membuka mata kita tentang tanggungjawab seorang ibu bapa. Tidak semua orang sanggup memikul beban yang bukan miliknya, tetapi Dayang membuktikan kasih sayang itu boleh lahir tanpa pertalian darah. Semoga Rayyan membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang dan mendapat peluang hidup yang lebih baik.

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas