Connect with us

Oh! Media

Last Minute! Tempat Amira Othman Dalam SFMM40 Diganti Umairah

Ohmedia amira Othman

Trending

Last Minute! Tempat Amira Othman Dalam SFMM40 Diganti Umairah

Amira Othman tarik diri SFMM40 saat akhir kerana sakit, tempat diganti Umairah 15 tahun.

Penyanyi, Amira Othman terpaksa menarik diri daripada persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 40 (SFMM40) akibat masalah kesihatan.

Menurut laporan Kosmo, Amira sepatutnya akan bergandingan dengan adiknya, Irfan Haris menerusi lagu Takdir dan Rasa, namun tempatnya digantikan oleh penyanyi muda, Umairah pada saat akhir.

Irfan Haris akui situasi terjadi ‘last minute’

Irfan Haris
Kredit Foto Kosmo

Menurut Irfan, keputusan itu dibuat selepas Amira memaklumkan keadaannya tidak cukup sihat untuk membuat persembahan.

IKLAN

Perkara ini terjadi agak ‘last minute’. Pada awalnya saya cuba nak pujuk supaya kakak teruskan. Tetapi saya rasa ini semua takdir.

Kakak tidak cukup ‘fit’ untuk buat persembahan, saya tak mahu paksa. Kesihatan adalah perkara utama.

Irfan juga memilih untuk tidak menarik diri kerana peluang ini sudah lama ditunggu.

Saya tidak mahu tarik diri daripada pertandingan ini. Sayang sebab sudah 10 tahun saya menantikan peluang ini.

Amira Othman ‘all out’ tolong cari pengganti

Amira Othman

Walaupun tidak dapat beraksi, Amira tetap membantu mencari pengganti yang sesuai.

Dia memang ‘all out’ tolong carikan pengganti. Dia tanya semua kawan dia tetapi tak ada yang dapat buat. Alhamdulillah akhirnya kita dapat Umairah.

Sementara itu, Umairah menganggap peluang menggantikan Amira sebagai rezeki tidak disangka.

Ketika pulang dari sekolah saya baca mesej yang dikirimkan Kak Amira. Dia minta tolong saya gantikan tempatnya.

Pada mulanya saya rasa macam mimpi.

Tambahnya lagi, dia hanya sempat membuat persiapan dalam tempoh singkat namun bersyukur dapat memberikan yang terbaik.

Sejujurnya, saya rasa terlalu awal untuk saya beraksi di pentas separuh akhir.

Keputusan lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) akan diumumkan pada hari kedua SFMM40.

Pssttt! Dalam mengejar impian, jangan abaikan kesihatan. Kadang-kadang rehat itu juga satu kemenangan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas