Oh! Tidak
Ahmad Faezal Tampil Perjelas Isu Misi GSF 2.0 Selepas Dipertikai
Ahmad Faezal tampil perjelas misi bantuan Gaza GSF 2.0 selepas warganet persoal keberkesanan pendekatan.
Misi bantuan Gaza menerusi Global Sumud Flotilla sekali lagi jadi topik panas di media sosial. Kali ini, GSF 2.0 pula dipersoal ramai yang mula ragu dengan keberkesanan pendekatan sama seperti sebelum ini.
Perdebatan ini tercetus bila ada pihak anggap usaha terdahulu tidak beri impak besar kepada Gaza. Malah, ada juga yang bimbang situasi di sana akan terus berlarutan tanpa perubahan ketara.
Warganet mula persoal misi bantuan GSF 2.0

Seorang pengguna Threads, @fusomisa menyifatkan GSF 1.0 sebagai gagal sepenuhnya. Kenyataan itu terus mencetuskan persoalan sama ada misi GSF 2.0 patut diteruskan atau tidak.
Menurutnya, jika tujuan hanya untuk tarik perhatian global tanpa hasil jangka panjang, keadaan di Gaza berisiko kekal atau jadi lebih buruk. Dia juga mencadangkan pendekatan lebih agresif termasuk melibatkan kehadiran ketenteraan dan mempertahankan diri.
Ahmad Faezal tampil beri penjelasan

Pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Katanya, kritikan tanpa cadangan alternatif yang praktikal tidak membantu dalam situasi sebenar.
Sila cadangkan strategi lain yang realistik.- Katanya.
Beliau menjelaskan setiap laluan bantuan ke Gaza mempunyai cabaran tersendiri. Laluan laut berisiko dipintas, laluan darat pula memerlukan kos yang tinggi dan laluan udara tidak sesuai kerana faktor keselamatan.
Jalan laut ada risiko pintasan. Jalan darat kena bayar $20K setiap lori ke Israel seperti dibentang seorang penduduk Gaza, Muntasir. Jalan udara jatuh hempapkan orang. Jadi sementara kita berdebat jalan, zon kuning makin menjerut Gaza hari demi hari.- Katanya.
Isu keganasan dan pengajaran sejarah
Mengulas cadangan menggunakan kekerasan, Ahmad Faezal mengingatkan tentang insiden MV Mavi Marmara. Dalam kes tersebut, aktivis yang mempertahankan diri akhirnya dipersalahkan dalam naratif media.
Bila Zionis bertindak dahulu, aktivis akan pertahan diri dengan apa saja yang ada. Tetapi naratif akhirnya memutar fakta dan menyalahkan mangsa.- Katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan tanpa keganasan pernah terbukti memberi tekanan kepada kuasa besar dunia.
Untuk makluman, peserta GSF 2.0 telah memulakan pelayaran dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan pada Ahad.
Pssttt! Isu macam ni memang sensitif dan kompleks, korang. Tapi sebelum kita cepat kritik, cuba faham dulu situasi sebenar dan cabaran di lapangan. Kadang-kadang bukan soal cara terbaik, tapi usaha yang masih mampu dibuat dalam keadaan serba terbatas.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM