Oh! Artis
Fazura Didakwa Langgar Hak Lawatan Anak? Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin
Mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura.
Isu melibatkan dua selebriti terkenal tanah air kembali menjadi perhatian ramai apabila nama Fattah Amin dan Nur Fazura tular di media sosial.
Kali ini, ia berkait dengan satu dakwaan tindakan undang-undang yang difailkan oleh Fattah terhadap bekas isterinya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Permohonan ‘ex parte’ tidak diluluskan
View on Threads
Perkara tersebut mula kecoh apabila seorang pengguna Threads dikenali sebagai Musang Berjanggut berkongsi jadual prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bertarikh 31 Mac lalu yang memaparkan nama kedua-dua pelakon itu.
Dalam jadual berkenaan, Fattah disenaraikan sebagai plaintif manakala Fazura sebagai pihak yang dituntut.
Memetik laporan Kosmo!, peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan mengesahkan bahawa Fattah telah memfailkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ex parte melalui prosiding komittal.
Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah. Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik.
Menurut beliau, hanya Fattah hadir ke mahkamah ketika sebutan kes kerana prosiding tersebut dijalankan secara sebelah pihak (ex parte).
Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah.
Isu hak lawatan anak jadi perhatian

Difahamkan, tindakan tersebut berkait dengan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah melibatkan hak lawatan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Bagaimanapun, situasi sebenar mungkin tidak seperti yang disangka ramai.
Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ni Fatima dapat beraya bersama bapanya.
Menurut peguam, ada masa Fatima sendiri tidak mahu kerana penat atau terlambat disebabkan kelas mengaji.
Sebelum ini, media melaporkan hak penjagaan penuh diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan selain dibenarkan bertemu anak mereka tiga kali seminggu.
Pssttt! Dalam isu melibatkan anak selepas perceraian, banyak perkara yang perlu ditangani dengan penuh emosi dan pertimbangan. Apa yang penting adalah kesejahteraan anak, bukan konflik antara ibu bapa. Jika boleh diselesaikan secara baik, itu pastinya lebih memberi manfaat kepada semua pihak terutama si kecil.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM