Oh! Artis
“Sumber Duit Kau Dari Hiburan Haram” – Tareq Fit Tolak Cabaran Fezrul Khan Masuk Gelanggang
Tareq Fit tolak cabaran Fezrul Khan masuk gelanggang dan dakwa sumber duit hiburan haram.
Baru-baru ini, pelakon Fezrul Khan telah mencabar Tareq Fit bertarung di gelanggang sebenar untuk uji tahap kecergasannya.
BACA: Kamal Adli Minta Tareq Fit Berhenti Cari Salah Orang
Menurut Fezrul, Tareq bersikap biadab apabila menghina fizikal ustaz sebagai boroi dan gemuk. Tak cukup dengan itu, Tareq turut menyentuh fizikal seorang lagi individu dengan pelbagai hinaan.
Fezrul Khan cabar Tareq Fit masuk ring
Fezrul turut mempersoalkan tahap kecergasan Tareq Fit serta meminta maklumat weight class bagi membolehkan pertemuan diatur selepas Hari Raya.
Namun, Tareq fit menolak cabaran itu menyatakan tindakan Fezrul tidak matang dan bersikap kebudak-budakan.

Katanya, Fezrul sebagai orang seni terasa hati dengan kenyataannya mengenai sumber rezeki yang haram.
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan beliau menolak cabaran tersebut dan memilih untuk tidak terlibat dalam perlawanan fizikal.
Menurutnya, tindakan masuk gelanggang bukanlah perjuangan sebenar dan tidak memberi manfaat dari sudut akhirat.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, setiap kenyataan mudah mencetuskan gelombang besar. Apa pun perbezaan pandangan, mungkin penyelesaian secara matang dan tertutup lebih baik daripada saling berbalas kenyataan secara terbuka.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 4 hours ago