Connect with us

Oh! Media

Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

C13epng

Umum

Tidak Bersahur Menjadi Alasan Seorang Lelaki Tidak Berpuasa

Gambar: Berita Harian

Seorang lelaki berusia telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah pada jam 11 pagi kerana didapati tidak berpuasa.

Lelaki itu ditahan ketika sedang menikmati nasi goreng bersama minuman teh ais dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Apa yang menarik adalah, lelaki terbabit memberi alasan tidak bersahur menjadikan dia terpaksa untuk makan i sebuah kedai makan bukan Islam pagi itu.

IKLAN

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad, berkata lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak berpuasa menyebabkan dia disaman kerana tidak menghormati bulan puasa.

Katanya, lelaki yang bekerja di kedai menjual kereta itu disaman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan di tempat awam.

“Dalam operasi hari ini, kita mengeluarkan tiga saman ke atas individu yang dikesan makan di tempat awam dan merokok di khalayak ramai.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya ketika ditemui selepas operasi di sini.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas