Connect with us

Oh! Media

Zizan Nin Tak Kisah Dikecam, Pilih Hidup Matang Tanpa Botox

Ohmedia zizan nin

Oh! Artis

Zizan Nin Tak Kisah Dikecam, Pilih Hidup Matang Tanpa Botox

Zizan Nin jawab isu wajah berubah, tegaskan dia bahagia dengan usia dan tak perlukan botox atau pembedahan.

Zizan Nin mungkin dah lama tak muncul di kaca TV, tapi bila baru-baru ni wajahnya tular lepas muncul dalam satu podcast, ramai netizen mula bercakap pasal perubahan penampilannya. Siap ada yang tuduh dia buat pembedahan kosmetik.

Tapi Zizan dengan tenang jawab semua tu. Dia kata, penampilannya berubah sebab faktor umur dan dia memang tak buat apa-apa pun pada wajah. Katanya, dia kini lebih fokus pada kerja di belakang tabir.

Zizan Nin akui penampilan berubah sebab usia

Ramai yang tertanya-tanya kenapa rupa Zizan sekarang nampak sangat berbeza. Tapi bagi Zizan, itu perkara biasa sebab usia dah meningkat.

IKLAN

We grow old not young. Lainlah kalau saya masih kekal 21 tahun. Itu agak membimbangkan. Saya tiada apa yang nak diubah sama ada suntikan botox atau pembedahan kosmetik.- Katanya.

Dalam masa sama, Zizan bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun dah masuk usia 52 tahun.

Alhamdulillah, dipanjangkan usia dan kekal sihat pun, saya sangat bersyukur. Saya okay saja dan berasa lucu juga serta tak ada rasa emosional pun.

Terpulanglah, apa yang ditulis kerana ia sebaliknya mencerminkan mentaliti dan peribadi individu itu sendiri.- Katanya lagi.

Kini fokus belakang tabir dan bantu bakat baru

Zizan juga mengaku dia dah lama tak aktif depan kamera sebab lebih banyak fokus pada kerja belakang tabir.

Saya kini banyak buat kerja belakang tabir dan kerap diundang sebagai panel penilai dan pensyarah jemputan. Beri peluang lah pada hero baru untuk pertaruhkan bakat mereka supaya kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang seni.- Katanya.

Pssttt! Ohmedia rasa Zizan ni bagi contoh yang baik bila tak melatah dengan kecaman. Kadang-kadang, hidup tenang dan bersyukur dengan apa yang ada jauh lebih penting dari cuba puaskan hati semua orang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas