Oh! Artis
Rezeki Makin Luas Lepas TTMM, Anak Ina Naim Kini Dapat Tawaran Berlakon Pula
Hadie Suhaimi, anak arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim, bakal berlakon dalam filem pendek Antara Dua Darjat.
Nampaknya rezeki anak kepada pasangan terkenal arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim, Hadie Suhaimi, semakin mencurah selepas menyertai program Talk To My Manager (TTMM).
Terbaru, remaja berusia 17 tahun itu kini melangkah pula ke dunia lakonan selepas menerima tawaran membintangi filem pendek berjudul Antara Dua Darjat terbitan Jaja Ishak Channel.
“Saya dan ibu berbincang panjang sebelum buat keputusan”

Memetik laporan Astro Gempak, Hadie berkata, keputusan untuk menerima tawaran berlakon dibuat selepas berbincang dengan ibunya yang juga pengurus peribadinya, Ina Naim.
Saya dan ibu berbincang panjang sebelum saya ceburi bidang ini. Bila ditimbang-timbang, lebih banyak kebaikan yang boleh diperoleh, jadi saya cuba.
Tambahnya lagi, walaupun lebih menonjol dalam bidang nyanyian, dia tidak menolak peluang untuk mencuba bakat baru dalam lakonan.
Saya memang suka berlakon, kadang-kadang di rumah pun saya berlakon dengan ibu. Tapi saya tahu nyanyian itu kekuatan saya. Jadi bila ada peluang berlakon, saya terima untuk mencuba.
Ina Naim teliti setiap tawaran demi jaga imej anak

Dalam masa sama, Ina menjelaskan bahawa setiap tawaran yang diterima akan disemak terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan usia dan imej anaknya.
Syukur, selepas program itu tamat, ada beberapa rezeki yang datang. Saya sebagai pengurus sedang menyusun jadual Hadi. Tapi saya tak terima semua tawaran secara terburu-buru. Saya nilai dulu setiap skrip dan produksi supaya tiada babak bersentuhan atau perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
Ina turut berterima kasih kepada penerbit Jaja Ishak yang merupakan sahabat arwah suaminya kerana memahami batas dan prinsip keluarga mereka.
Tawaran daripada Jaja Ishak Channel datang pada waktu yang tepat dan dalam filem pendek itu Hadi akan digandingkan dengan Qadejah El Zahra atau Cess, anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri.
Tambah Ina, arwah suaminya juga menghormati Jaja sebagai sahabat dan sentiasa menyokong. Apabila Hadie mendapat tawaran berlakon, Ina merasakan Hadie meneruskan legasi yang ditinggalkan arwah.
Pssttt! Langkah berani Hadie menjejaki dunia lakonan membuktikan dia serius membina nama dalam industri hiburan. Dengan bimbingan dan kawalan ibu yang berpengalaman, tak mustahil Hadie akan jadi bintang muda yang mampu menyeimbangkan bakat, nilai dan imej bersih seperti yang ditekankan keluarganya.
Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
