Connect with us

Oh! Media

BT Sport Buka Siaran Langsung Perlawanan Akhir UCL dan UEL Secara Percuma?

all england football final headerjpg

Umum

BT Sport Buka Siaran Langsung Perlawanan Akhir UCL dan UEL Secara Percuma?

Sumber: Provoke! Online

Kehangatan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa semakin dirasai apabila ia melibatkan 4 pasukan yang hebat. Tetapi mungkin tidak semua dapat menonton perlawanan ini kerana tidak melanggan astro ataupun tidak mengambil pek sukan. Walaupun korang boleh pergi menonton di mamak, tetapi BT Sport ada berita baik untuk semua.

Melalui saluran You Tube dan Twitter, BT Sport akan menyiarkan perlawanan akhir ini secara percuma dan korang boleh menonton terus dari aplikasi mobil mereka.

Perkara ini diumumkan oleh syarikat saluran sukan yang berpengkalan di United Kingdom. Bagi perlawanan akhir UCL akan menemukan Liverpool menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Metropole Arena, Madrid pada 2 Jun 2019, sepak mula pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.

IKLAN

Manakala, perlawanan akhir Liga Europa pula bakal menyaksikan ‘London Derby’ diantara Chelsea dan Arsenal yang bakal berlangsung di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan pada 30 Mei 2019, sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Sumber: BT Sport

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas