Connect with us

Oh! Media

“My Silence Was Never Neutrality” – Dikecam Kerana ‘Promote’ Jenama Boikot, Ameera Khan Bersuara

Ohmedia lmk

Oh! Artis

“My Silence Was Never Neutrality” – Dikecam Kerana ‘Promote’ Jenama Boikot, Ameera Khan Bersuara

Ameera Khan akhirnya bersuara isu Palestin selepas dikecam ‘tone deaf’ kerana promosi jenama boikot.

Pempengaruh popular, Ameera Khan dikecam ‘tone deaf’ kerana dikatakan lebih mementingkan kerja dan kerjasama komersial berbanding isu kemanusiaan Palestin.

Netizen yang mengkritik mahu boikot menuduh Ameera tidak bersuara langsung tentang kekejaman rejim Israel.

“Please know that my silence was never neutrality”

Terbaru, Ameera akhirnya tampil bersuara di Instagram menyatakan sokongannya kepada Palestin dan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF).

IKLAN
ameera khan

Ameera juga menjelaskan bahawa diamnya selama ini bukan bermaksud neutral atau tidak peduli. Malah, tuntutan kerjanya tidak melambangkan siapa dirinya dari sudut kemanusiaan.

Ameera berharap tuntutan kerjanya tidak disalah anggap sebagai menyokong kerana dia sentiasa bersama Palestin.

Please know that my silence was never neutrality, and my work does not reflect my stance on humanity. It does not change what I believe in or who I stand with. My work obligations should never be mistaken for indifference. My beliefs and my humanity stand with Palestine always.

Dia turut meluahkan hasrat untuk melakukan lebih banyak perkara bagi membantu perjuangan Palestin, namun buat masa ini hanya mampu mendoakan keselamatan rakyat Palestin serta mereka yang berada di atas kapal misi kemanusiaan, Sumud Flotilla.

Pssttt! Situasi ini membuktikan betapa besar pengaruh dan tanggungjawab selebriti serta pempengaruh di mata masyarakat, khususnya apabila melibatkan isu kemanusiaan global. Diharapkan pempengaruh di luar sana dapat menggunakan ‘suara’ yang ada untuk memberi kesedaran mengenai kekejaman dan penindasan Israel.

Kredit: Instagram Ameera Khan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas