Connect with us

Oh! Media

FIFA Tidak Akan Gantung Israel Daripada Piala Dunia

Mesyuarat Fifa

Trending

FIFA Tidak Akan Gantung Israel Daripada Piala Dunia

Tiada tindakan diambil kepada Israel walaupun dunia desak untuk penggantungan segera

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino memberi isyarat bahawa FIFA tidak bercadang untuk mengambil tindakan atau mengenakan sekatan terhadap Israel, walaupun terdapat tekanan antarabangsa susulan negara Rejim Zionis itu telah melakukan jenayah genosid di Gaza.

FIFA komited promosi keamanan walaupun dilihat berat sebelah

Snapinstato 559113391 17985972398902645 6001177346477615748 n

Menerusi laporan daripada AFP, Infantino dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis FIFA, menekankan bahawa bola sepak mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat walaupun dunia kini berdepan pelbagai konflik.

Infantino turut menyatakan simpati terhadap semua mangsa yang terkesan dengan konflik di seluruh dunia, sambil menegaskan bahawa mesej paling penting yang boleh disampaikan bola sepak ketika ini adalah mesej keamanan dan perpaduan.

IKLAN

Beliau menambah, walaupun FIFA tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik, badan itu tetap mempunyai tanggungjawab untuk mempromosikan bola sepak dengan mengangkat nilai perpaduan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan.

Walaupun FIFA enggan mengambil tindakan terhadap Israel, Rusia masih kekal digantung daripada pertandingan antarabangsa berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.

UEFA sebelum ini mempertimbangkan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kemungkinan menggantung Israel, namun rancangan itu kini ditangguhkan.

Beberapa pasukan Eropah dilaporkan meminta untuk tidak bertemu dengan pasukan Israel, yang kini berada di tangga ketiga Kumpulan I dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Pssttt! FIFA sepatutnya lebih adil dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat, tanpa memilih bulu atau dipengaruhi kepentingan politik.

Sebagai badan induk bola sepak dunia, FIFA perlu menunjukkan contoh teladan dengan mengutamakan prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat, bukannya bersikap selektif mengikut situasi.

Kredit: AFP
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas