Connect with us

Oh! Media

NSFC Konsisten Raih Kehadiran 20,000 Penyokong, Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Paroi

Nsfc Paroi

Oh! Arena

NSFC Konsisten Raih Kehadiran 20,000 Penyokong, Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Paroi

NSFC terus mencipta fenomena luar biasa di saingan Liga Super musim ini.

Negeri Sembilan FC (NSFC) terus mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super 2025 apabila Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sekali lagi dibanjiri lebih 20,000 penyokong buat kali ketiga berturut-turut musim ini.

Sebagai tuan rumah, NSFC membuktikan gelanggang keramat Paroi kekal menjadi ‘medan ngeri’ buat pasukan lawan apabila setiap perlawanan mereka mendapat sambutan luar biasa daripada penyokong setia.

Jumlah jualan tiket terjual lebih 70,000 untuk tiga perlawanan

 6251476593734175635 y 1

Bermula dengan aksi menentang Selangor FC, jualan tiket di Stadium Paroi berjaya merekodkan kehadiran 25,550 penonton, kemudian perlawanan menentang Kuching City 24,478 dan malam tadi berdepan Sabah FC mencatat 20,816.

IKLAN

Konsistensi angka kehadiran yang tinggi ini juga telah menjadikan Paroi antara gelanggang paling meriah dalam saingan Liga Super musim ini.

Lebih manis, NSFC berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri selepas tiga perlawanan, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara pasukan yang sukar digugat di gelanggang sendiri.

NSFC Benam Sabah FC 3-0, Raih Tiga Mata Berharga

Dalam aksi liga super minggu keenam malam tadi, NSFC menghadiahkan kepuasan luar biasa buat ribuan penyokong setia apabila berjaya menewaskan Sabah FC dengan kemenangan 3-0.

Tiga jaringan NSFC bermula menerusi penyudah klinikal Jovan Motika yang membuka tirai gol, sebelum Alex Agyakwa menggandakan kelebihan dengan sepakan dari luar kotak penalti dengan penuh tenang di hadapan gawang. Gol ketiga disempurnakan oleh penyerang import dari Ghana, Josseph Esso.

NSFC kini menghuni tangga ke-4 Liga Super dengan mengumpul 8 mata serta memiliki satu kelebihan perlawanan. Skuad Hobin Jang Hobin seterusnya bakal berkunjung ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang bagi menghadapi cabaran Penang FC dalam aksi minggu ketujuh liga.

Pssttt! Semoga NSFC terus mengekalkan momentum dan konsistensi permainan, seterusnya dapat menghadiahkan keputusan positif kepada para penyokong setia.

Kredit: Malaysian Football League & NSFC
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas