Connect with us

Oh! Media

Kerana Kecaman, Baginda Sultan Pulangkan Ijazah Kehormat Yang Diterima

Int brunei sultan 0307jpg

Umum

Kerana Kecaman, Baginda Sultan Pulangkan Ijazah Kehormat Yang Diterima

Susulan pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah liwat, zina dan rogol bagi Undang-Undang Syariah, Baginda Sultan telah menerima kecaman global yang diketuai oleh selebriti termasuk George Clooney dan Elton John.
Hampir 120,000 orang menandatangani petisyen sehingga April lalu, yang menggesa Universiti Oxford menarik balik Ijazah Undang-undang Kehormat diberi pada 1993 kepada baginda, monarki kedua paling lama memerintah di dunia serta Perdana Menteri di negara kaya minyak itu.
Bertindak dari itu, Sultan Brunei memutuskan menyerahkan semula ijazah kehormat yang diterimanya dari Universiti Oxford Britain berkenaan pada 6 Mei lalu, ketika ia sedang meneliti keputusan penganugerahannya.
Menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Mei 2019, Sultan Brunei membalas dengan keputusan memulangkan semula ijazah berkenaan,” kata Universiti Oxford dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Thomson Reuters Foundation.
Undang-undang itu yang turut menerima kecaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan selebriti dan kumpulan hak asasi berusaha memboikot semua hotel dimiliki baginda termasuk Dorchester di London dan Beverly Hills Hotel di Los Angeles. Namun Sultan Brunei telah menarik balik pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah liwat, zina dan rogol di negara itu pada 3 April lalu.

Sumber: Berita Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas