Connect with us

Oh! Media

“Tu Hilang Fokus Tu” – Abby Abadi Demam Panas, Serah Diri Ke Hospital Lepas Konsert Elite Selesai

Ohmedia abby Abadi Elite

Oh! Artis

“Tu Hilang Fokus Tu” – Abby Abadi Demam Panas, Serah Diri Ke Hospital Lepas Konsert Elite Selesai

Abby Abadi ke hospital selepas alami demam panas ketika Konsert Elite, disahkan Influenza.

Anggota kumpulan Elite, Abby Abadi rupa-rupanya tidak sihat semasa persembahan konsert malam tadi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abby berkata, sehari sebelum konsert, dia sudah mengalami demam panas namun tetap menggagahkan diri demi menjayakan acara itu.

Terus serah diri ke hospital lepas konsert

Menurut Abby, dia mula rasa tidak sedap badan selepas sesi latihan di Plenary Hall, KLCC. Walaupun keadaannya semakin lemah menjelang hari konsert, dia tetap berusaha tampil untuk memberikan yang terbaik buat peminat.

IKLAN
Abby Abadi

Tambah Abby, keadaan kesihatan yang merosot menyebabkan fokusnya terganggu sepanjang persembahan.

Dia turut memohon maaf kepada semua yang terlibat, termasuk anggota Elite, X Factor, dan penonton yang hadir.

Abby Abadi

Sejurus selepas konsert, Abby terus dibawa ke hospital apabila suhu badannya mencecah 40 darjah Celsius. Selepas pemeriksaan darah, dia disahkan menghidap Influenza dan perlu berehat sepenuhnya.

Meskipun terpaksa berjuang dengan demam dan tubuh yang lemah, Abby tetap bersyukur kerana konsert tersebut dapat disempurnakan dengan baik.

Pssttt! Sungguh besar pengorbanan Abby Abadi yang tetap berjuang demi peminat meskipun sakit teruk. Semoga beliau cepat sembuh.

Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas