Connect with us

Oh! Media

Liyana Jasmay Mengaku Suka Pakai Seluar Pendek, PU Syed Ingatkan Tentang Halal Haram

Ohmedia pu Syed

Oh! Islam

Liyana Jasmay Mengaku Suka Pakai Seluar Pendek, PU Syed Ingatkan Tentang Halal Haram

PU Syed ingatkan artis perlu peka dengan halal haram kerana ramai yang menjadikan mereka ikutan.

Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan skirt pendek. Netizen berpendapat imej itu tidak lagi sesuai dengan status dan umurnya.

BACA: Liyana Jasmay Muat Naik Foto Pakai ‘Skirt’ Pendek Undang Kecaman

Namun, Liyana menganggap perkara itu biasa dan terbuka menerima teguran ramai. Liyana mengaku selesa dengan gaya dirinya dan tidak menafikan memakai seluar pendek adalah pilihan peribadi.

IKLAN

PU Syed tegur Liyana Jasmay isu pakai skirt

Kenyataan itu mengundang teguran daripada pendakwah PU Syed. Menerusi Instagram, PU Syed menegaskan bahawa sebagai umat Islam, kita terikat dengan hukum halal dan haram.

Perkara tersebut jelas seperti yang disabdakan Rasulullah SAW:

Sesungguhnya perkara yang halal itu telah jelas dan perkara yang haram itu telah jelas.

Beliau juga mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh memilih hukum mengikut kehendak sendiri, sebaliknya perlu menerima ketetapan Allah dan Rasul.

Tanggungjawab sebagai public figure

Pu Syed

Tambah PU Syed lagi, seseorang yang mempunyai ramai pengikut harus lebih berhati-hati kerana setiap tindakan boleh menjadi ikutan.

Sesiapa yang merintis satu amalan yang buruk, maka dia akan memikul dosa bagi setiap orang yang melakukannya sehingga hari kiamat.

Beliau mengingatkan agar selebriti tidak menjadikan gaya penampilan sebagai punca orang lain terikut-ikut.

Kredit: Instagram PU Syed | Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas