Trending
Ketua Warden Mengaku ‘Pelajar A’ Pindah Sekolah Beberapa Minggu Lepas Kematian Zara Qairina
Rakan arwah Zara Qairina disahkan sudah pindah sekolah meskipun KPM didakwa membekukan perpindahan.
Kes inkues kematian Zara Qairina terus menarik perhatian apabila seorang daripada rakan arwah yang dikenal pasti sebagai pelajar A disahkan sudah berpindah sekolah.
Lapor Harian Metro, perkara itu didedahkan Ketua Warden, Azhari Abd Sagap ketika menjawab soalan peguam keluarga arwah dalam prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Pelajar A pindah sekolah lepas kejadian

Azhari memaklumkan pelajar A berpindah beberapa minggu selepas kejadian, namun beliau tidak mengetahui punca perpindahan tersebut.
Malah, Azhari menegaskan bahawa urusan perpindahan bukan bidang tugasnya walaupun difahamkan Kementerian Pendidikan (KPM) pernah membekukan perpindahan pelajar selepas insiden berlaku.
Pelajar lain masih di sekolah

Shahlan Jufri, peguam mewakili keluarga arwah, bertanya sama ada rakan lain iaitu pelajar B, C, D dan E masih menuntut di sekolah berkenaan. Azhari mengesahkan kesemua mereka kekal di situ.
Menurutnya, tindakan pihak sekolah selepas kejadian hanya melibatkan sesi kaunseling serta pengambilan keterangan daripada pelajar-pelajar tersebut. Katanya, pelajar E yang merupakan ketua bilik sebelum ini tidak lagi tinggal di bilik sama kerana trauma.
Sekarang pelajar E bukan lagi (ketua bilik) sebab dia bagi tahu dia trauma dengan kejadian ini dan tidak boleh menginap lagi di bilik itu.
Kini, hanya pelajar B, C dan D yang masih menginap di bilik sama selepas tragedi 15 Julai lalu.
Pssttt! Kisah perpindahan pelajar A ini menimbulkan pelbagai persoalan, terutama selepas KPM didakwa membekukan proses pindah sekolah. Apa-apa pun kita nantikan perkembangan seterusnya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM