Trending
“Bila Orang Suka, Tak Ada Masalah” – Isu Baju Kuning Ala Diraja, Ady Kana Bersuara
Ady Kana kesal isu busana kuning ala diraja jadi kecoh sampai masuk TV3.
Baru-baru ini, tular di media sosial pasangan pempengaruh disiasat gara-gara sebuah video majlis akikah yang dikatakan meniru gaya istiadat kerabat diraja.
Busana kuning ala diraja yang dipakai Ady Kana dan isteri ketika majlis itu mendapat liputan luas malah turut masuk laporan berita arus perdana.
“Sebab dia Ady Kana je”
Dalam hantaran di Instagram, Ady meluahkan rasa kesal kerana isu pemakaian mereka seakan terlalu diperbesarkan, sedangkan menurutnya ada selebriti lain yang juga berpakaian kuning tanpa menimbulkan masalah besar.

Dalam salah satu perkongsian, Ady menunjukkan gambar mereka anak-beranak diapit foto selebriti lain seperti Fattah Amin dan Amira Othman yang turut berbusana kuning.

Jelas Ady Kana lagi, jika kontroversi itu melibatkan orang ramai pasti ianya tidak menjadi kecoh seperti ini.
Pssttt! Walaupun mungkin niat asalnya hanya untuk meriahkan majlis akikah, reaksi yang diterima membuktikan betapa sensitifnya penggunaan warna dan simbol yang dikaitkan dengan institusi diraja.
Kredit: Instagram Ady Kana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM