Trending
Inkues Kematian Zara Qairina: Doktor Forensik Dan Ketua Warden Dipanggil Beri Keterangan
Inkues kematian Zara Qairina bersambung hari ini dengan doktor forensik HEQ dan ketua warden asrama bakal dipanggil beri keterangan.
Prosiding inkues kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang disambung hari ini dijangka akan memanggil seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HEQ) untuk memberi keterangan.
Menurut laporan Kosmo, sekiranya masa mengizinkan, ketua warden asrama turut akan dipanggil selepas sesi soal jawab bersama doktor berakhir dan perkara ini dikatakan sendiri peguam mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri,
Enam saksi sudah beri keterangan kes Zara Qairina

Setakat ini, enam orang saksi sudah tampil di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Antara yang memberi keterangan ialah:
- Pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu (bedah siasat)
- Pemeriksa dokumen, Nurul Atiqah Mohd Noh
- Doktor kecemasan, Dr Janefer Voo
- Pegawai bedah saraf, Dr Pavankumar Balachandran
- Pegawai CSI, Inspektor Maidon Bernadus
- Pengawal keselamatan, Linah Mansoding
Mereka memberi maklumat penting berhubung kejadian sebelum dan selepas Zara ditemui.
Identiti remaja dirahsiakan

Walaupun tiada perintah larangan rasmi (gag order) dikeluarkan, mahkamah tetap mengingatkan pihak media agar mematuhi Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Oleh itu, lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hanya dirujuk sebagai A, B, C, D dan E sepanjang prosiding berlangsung.
Pssttt! Kes Zara Qairina mengingatkan kita bahawa isu keselamatan dan kebajikan pelajar perlu diberi keutamaan. Setiap pihak bertanggungjawab menjaga amanah agar tragedi sebegini tidak berulang.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM