Connect with us

Oh! Media

Zara Qairina Dituduh Curi Wang Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Ohmedia inkues kes zara qairina

Trending

Zara Qairina Dituduh Curi Wang Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Zara Qairina didakwa curi RM300 sebelum dipanggil senior ke ‘perjumpaan MA’.

Mahkamah Koroner mendedahkan perkembangan mengejutkan mengenai kes pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebelum ini.

Menurut laporan Kosmo, Zara telah dituduh mencuri wang sehari sebelum insiden berlaku dan perkara ini dikatakan saksi keenam yang merupakan pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha.

Seorang pelajar mengadu kehilangan wang tunai RM300 bersama kad banknya pada 15 Julai lalu kira-kira jam 8 malam. Pelajar itu mendakwa Zara yang mencurinya.

Zara Qairina dipanggil oleh senior tingkatan empat?

Zara Qairina

Linah berkata, aduan tersebut telah dimaklumkan kepada pelajar tingkatan empat yang berperanan sebagai penjaga asrama.

IKLAN

Selepas aduan itu, pelajar tingkatan empat memanggil Zara untuk berjumpa, namun saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.

Perjumpaan haram ‘MA’?

Zara Qairina

Lebih mengejutkan, Linah turut mendedahkan kemungkinan Zara telah dibawa menghadiri satu perjumpaan haram dikenali sebagai ‘MA’ selepas insiden tuduhan tersebut.

Berkemungkinan dia dibawa untuk menghadiri perjumpaan ‘MA’.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya besar tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada Zara sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri.

Pssttt! Kes Zara Qairina jadi pengajaran penting. Jangan ambil tindakan sendiri bila ada masalah di asrama atau sekolah. Serahkan kepada guru dan pihak berkuasa supaya nyawa tidak jadi taruhan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas