Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Yang Menarik Tentang Apple Watch Series 11 Terbaru!

Ohmedia apple Watch 11

Oh! Geekz

Ini Apa Yang Menarik Tentang Apple Watch Series 11 Terbaru!

Apple Watch Series 11 kini hadir lebih nipis, tahan calar dan buat pertama kali sokong 5G.

Apple baru sahaja melancarkan Apple Watch Series 11 dengan rekaan lebih nipis dan ketahanan calar dua kali ganda berbanding model sebelumnya. 

Menurut laporan Fuzz.my, jam tangan pintar ini hadir dengan sokongan cellular 5G, sesuatu yang sebelum ini hanya terdapat pada Apple Watch SE dan Ultra.

Ciri kesihatan semakin canggih

Apple Watch 11

Series 11 bukan sekadar jam tangan pintar biasa, tetapi hadir dengan ciri notifikasi Hypertension untuk mengesan tanda tekanan darah tinggi kronik menggunakan gabungan sensor optikal dan algoritma AI.

IKLAN

Selain itu, Apple juga memperkenalkan Sleep Score yang menilai kualiti tidur berdasarkan denyutan jantung, pola pernafasan dan konsistensi waktu tidur.

Bateri tahan lama dengan pengecasan pantas

Apple Watch 12

Apple mendakwa bateri Series 11 mampu bertahan sehingga 24 jam. Malah, dengan hanya 15 minit pengecasan pantas, pengguna boleh menikmati sehingga 8 jam penggunaan. Memang sesuai untuk mereka yang aktif sepanjang hari.

Harga Apple Watch terbaru di Malaysia

Apple Watch 13

Selain Series 11, Apple turut melancarkan Apple Watch SE 3 dan Apple Watch Ultra 3. Harga rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Apple Watch Series 11 – bermula RM1,799
  • Apple Watch SE 3 – bermula RM1,049
  • Apple Watch Ultra 3 – bermula RM3,699

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas