Connect with us

Oh! Media

MEF Bimbang Krisis Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Jangan ‘Tutup Mata’

Ohmedia pekerja Stress

Trending

MEF Bimbang Krisis Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Jangan ‘Tutup Mata’

MEF gesa majikan utamakan kesihatan mental pekerja dengan dasar khusus, insentif cukai dan waktu kerja fleksibel.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa semua majikan supaya memandang serius isu kesihatan mental pekerja sebagai satu keutamaan nasional.

Menurut laporan Harian Metro, data daripada KKM dan WHO menunjukkan peningkatan kes kemurungan, keresahan dan tekanan sejak pandemik Covid-19 dan perkara ini dikatakan sendiri Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.

Masalah ini jika tidak ditangani boleh memberi impak besar kepada produktiviti, kehadiran kerja serta meningkatkan kadar keluar masuk pekerja (turnover).

Cabaran majikan: stigma dan kurang kepakaran

Syed Hussain Syed Husman

Menurut beliau, antara cabaran utama yang dihadapi majikan adalah:

IKLAN
  • Kekurangan pakar dalaman untuk mengurus kesihatan mental pekerja.
  • Stigma terhadap isu kesihatan mental.
  • Tiada garis panduan nasional yang sesuai, terutamanya untuk PMKS.

Cadangan MEF: dasar dan insentif cukai

Pekerja Stress

Bagi mengatasi masalah ini, MEF mencadangkan:

  • Pembangunan Dasar Kebangsaan Kesihatan Mental Tempat Kerja.
  • Insentif cukai untuk syarikat yang menyediakan kaunseling & program kesejahteraan mental.
  • Latihan untuk penyelia, HR dan pengurusan atasan bagi mengesan tanda awal tekanan.

Faktor tekanan: KPI dan beban tugas

Pekerja Stress

Syed Hussain turut menegaskan, isu ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk:

  • Beban tugas berlebihan.
  • KPI yang tidak realistik.
  • Konflik kerja-keluarga.
  • Kebimbangan tentang keselamatan kerja dan gaji.

Golongan pekerja muda dan berpendapatan rendah dilihat paling terkesan secara emosi dan psikologi.

Waktu kerja fleksibel antara solusi

 9247

MEF turut menyokong pelaksanaan waktu kerja fleksibel (WBF) kerana mampu mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan keseimbangan hidup.

Selain itu, polisi dalaman, program bantuan pekerja (EAP), serta akses kepada kaunseling bertauliah dilihat sebagai langkah penting untuk menjamin kesejahteraan pekerja.

Pssttt! Jangan pandang ringan isu kesihatan mental. Pekerja yang tenang dan sejahtera akan lebih setia, produktif, dan menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas