Oh! Artis
Elcah ‘Sound’ Syada Amzah, Minta Berhenti Jaja Fitnah Pasal Keluarganya
Elcah tidak akan berdiam diri mendakwa Syada menghubungi semua rakan-rakannya jaja fitnah.
Pempengaruh, Elcah nampaknya hilang sabar apabila memuat naik satu kenyataan terbuka di Instagram Story memberi amaran terakhir kepada Syada Amzah.
Menerusi hantaran tersebut, Elcah mendakwa Syada membuat panggilan kepada rakan-rakannya untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarganya.
Dulu BFF, sekarang Elcah ‘warning’ Syada

Menurut Elcah, dia mempunyai bukti kukuh kerana setiap perbualan telefon itu telah direkodkan.
Sekiranya kau teruskan, aku tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik family aku sudah kau calar akibat perbuatan kau.
Tambahnya lagi, dia sudah lama bersabar dan menjaga nama baik Syada kerana menghormati kakaknya Shila dan ibunya, Mama Zie, namun kali ini dia tidak akan berdiam diri.
Elcah turut berpesan supaya Syda tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan menegaskan supaya berhenti menyebarkan cerita tidak benar.
Sebelum ini, suami Elcah dakwa Syada hasut isteri cerai

Terdahulu, suami kepada Elcah mendakwa Syada menghasut isterinya melakukan perkara tidak baik. Syada juga didakwa menghasut Elcah untuk bercerai selepas Afi dikatakan bermain kayu tiga.
Fuh, makin panas nampaknya isu ni. Sama-sama kita tunggu respon daripada Syada pula nanti.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM