Trending
Ini Perkembangan Terkini Mengenai Kes Naim Daniel Selepas Hadir Ke Mahkamah Pagi Tadi
Naim Daniel hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya untuk serahan dokumen kes pertuduhan amang seksual.
Penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada pagi Isnin bagi melengkapkan proses serahan dokumen berhubung kes pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.
Menurut laporan mStar, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin berkata kehadirannya kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Saya hadir untuk serahan dokumen sahaja dahulu, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak media yang sanggup hadir pada hari ini. Harap semuanya bersabar sehingga ada perkembangan terkini daripada kes saya ini.
Peguam sahkan tiada prosiding berat hari ini

Peguam yang mewakili Naim, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, memaklumkan prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan.
Pada hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen di mana pihak pembelaan telah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan. Tarikh sebutan seterusnya ditetapkan pada 19 September depan.
Selain Nur Syafiah, Naim turut diwakili oleh peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif dan Irwan Sumadi.
Tuduhan dan latar belakang kes melibatkan Naim Daniel

Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 19 Mei lalu.
Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Kes ini didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah sebelum ini membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.
Pssttt! Kes masih dalam proses mahkamah dan tiada siapa wajar menjatuhkan hukuman sebelum keputusan rasmi dibuat. Hormati proses undang-undang dan elakkan spekulasi.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.