Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Akaun Sebar Berita Palsu Mengenai Kematian Zara Qairina

Ohmedia zara Qairina

Trending

Polis Siasat Akaun Sebar Berita Palsu Mengenai Kematian Zara Qairina

Polis siasat akaun TikTok sebar berita palsu tentang kematian pelajar, Zara Qairina.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan siasatan terhadap sebuah akaun TikTok bernama @berjuanguntukzara yang didapati menyebarkan berita tidak benar mengenai kematian pelajar, Allahyarham Zara Qairina.

Menurut laporan Kosmo, tindakan itu diambil selepas akaun berkenaan memuat naik kandungan berunsur hasutan yang boleh mengganggu siasatan sebenar dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar.

Disiasat bawah beberapa akta berat

Ohmedia pdrm

Menurut Kumar, kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

IKLAN

Penularan kandungan yang tidak sahih berpotensi menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses siasatan oleh polis.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang hanya akan menimbulkan kekeliruan serta kegusaran awam.

Tragedi Zara Qairina jadi perhatian ramai

Ohmedia inkues kes zara qairina

Untuk rekod, Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai lepas selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah.

Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kes tragis ini turut mendapat perhatian meluas kerana didakwa mempunyai kaitan dengan isu buli.

Pssttt! Media sosial bukan tempat untuk sebarkan berita palsu. Hormati keluarga mangsa dan biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan dengan adil.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas