Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Ibunya Sifatkan Fatima Cucu Tak Comel

Ohmedia ibu Fattah Amin Fatima

Oh! Artis

Fattah Amin Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Ibunya Sifatkan Fatima Cucu Tak Comel

Fattah Amin akhirnya bersuara mengenai isu ‘cucu tak comel’.

Pelakon popular, Fattah Amin akhirnya bersuara mengenai isu tular melibatkan anaknya, Nur Fatima yang didakwa membuat luahan bahawa neneknya menyifatkannya sebagai cucu tak comel.

Menurut laporan Harian Metro, Fattah berkata yang ibunya, Azizah Abdul Ghani sememangnya sedih dengan dakwaan tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau juga menasihati ibunya supaya tidak membaca atau menonton hantaran media sosial yang tidak berasas.

IKLAN

Kalau perkara itu tidak benar, kita jangan terasa atau terkesan. Sebab ia tidak benar.

Fattah Amin kesal dengan tindakan rakam skrin 

Fattah Amin Fatima

Fattah meluahkan rasa kesal terhadap individu yang ‘screen record’ video siaran langsung sehingga perkara itu menjadi tular.

Perbuatan itu boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Ia wajar dielakkan.

Beliau turut mengingatkan peminat supaya hanya meninggalkan komen yang baik-baik dan mengelakkan komen negatif yang boleh menambah keruh keadaan.

Hubungan dengan anak dan ibu tiada masalah

Fattah Amin Fatima

Walaupun isu ini hangat diperkatakan, Fattah menegaskan hubungan antara dirinya, anak, bekas isteri, dan ibunya masih baik.

Bila saya bawa keluar berjumpa, kami keluar bersama-sama. Tak ada pun masalah.

Pssttt! Tak semua cerita di media sosial adalah benar. Sebelum sebarkan, pastikan sahih kerana sekali kata terucap, luka di hati mungkin kekal.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas