Oh! Artis
Walaupun Dikecam Teruk, Respon Fazura Undang Perhatian Ramai
Fazura terima sokongan penuh dari peminat di Threads, isu Fatima yang dikata ‘tak comel’ buat ramai sebak.
Baru-baru ini, satu ciapan di Threads mencuri perhatian apabila seorang peminat menyatakan sokongan penuh kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura.
Tetap kuat @missfazura, anda seorang wanita luar biasa yang harus menghadapi semua ini. Kami sentiasa menyokong anda dan mempercayai anda. Tuhan sentiasa bersama anda.
Fazura balas dengan penuh penghargaan

Fazura, yang kini berdepan beberapa kontroversi mengenai kehidupan peribadinya membalas dengan tenang.
Saya hargai kata-kata baik anda. Pelukan besar dari saya dan Fatima.
Isu Fatima tarik perhatian ramai

Balasan itu dipercayai berkaitan dengan isu yang melibatkan Fatima, di mana baru-baru ini didedahkan bahawa ‘Nenda’ memanggilnya tak comel dan tak pandai. Ramai warganet meluahkan rasa prihatin terhadap kesan kata-kata tersebut kepada emosi kanak-kanak itu.
Walaupun berdepan cabaran, Fazura tetap teguh dan menerima sokongan padu daripada peminat yang terus percaya kepadanya.