Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Dikecam Tak ‘Back-Up’ Bella Masa Sampaikan Trofi Pada Sophia Al-Barakbah

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Syed Saddiq Dikecam Tak ‘Back-Up’ Bella Masa Sampaikan Trofi Pada Sophia Al-Barakbah

Syed Saddiq dikritik sebab tak bantu Bella Astillah ketika pelakon itu serah trofi pada Sophia.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial pasal Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang jadi bualan panas netizen. Semuanya bermula bila Bella Astillah diberi tugas menyampaikan trofi kepada pelakon Sophia Al-Barakbah, nama yang cukup sensasi sebab sejarah silam antara mereka berdua.

Ramai perasan yang Bella nampak kurang selesa masa tu, tapi tetap jalankan tugas dengan penuh profesionalisme.

Tak ada drama, tak ada tarik diri. Dia berdiri teguh depan khalayak, hulurkan trofi dan kekal sopan sampai ke penghujung segmen.

IKLAN

Netizen tak puas hati dengan Syed Saddiq pula?

Syed Saddiq

Namun begitu, perhatian netizen turut tertumpu pada kelibat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang ada di atas pentas sama.

Individu ini merasakan, Saddiq tidak sepatutnya hanya berdiri di sisi Bella dan tersenyum, tanpa buat apa-apa untuk bantu atau sekurangnya bagi sokongan moral.

Antara luahan yang viral di Threads berbunyi…

Bella Astillah Sophia Amt

Bella Astillah for me agak professional. Yang tak gentleman is Syed Saddiq. Majlis besar kot. Tersenyum je dekat situ. Bagi aku bila bella cakap ‘Saya Kenal Sgt’.

Aku akan sambut ‘Kann apa tak kenal, kenal sgt ni’ as small gesture to support my partner.

I was expecting him to at least gantikan tempat Bella bagi trophy tu pun dah ok, but no he just stood there & smile like it means nothing

Menurut sebahagian netizen, tindakan Syed Saddiq yang hanya berdiri dan tersenyum dilihat agak mengecewakan, lebih-lebih lagi dalam situasi yang boleh jadi awkward macam tu. Mereka anggap Saddiq patut ‘back-up’ Bella, tunjuk gentleman sikit.

 8646
 8647

Ada juga yang pertahan Syed Saddiq…

Tapi tak semua kecam. Ada juga yang tampil pertahankan Saddiq dengan mengatakan mungkin dia sendiri tak kenal Sophia atau tak tahu latar belakang yang melibatkan Bella.

Malah ada yang perasan muka Saddiq macam terkejut bila Bella bersuara sebelum umumkan nama Sophia.

Situasi ni memang sensitif dan ramai netizen berpendapat ia tak patut berlaku dalam majlis rasmi yang besar macam tu.

Pssttt! Dalam apa juga situasi, kalau kita tahu kawan atau pasangan tengah tak selesa, cubalah cari cara untuk bantu atau sekurangnya beri sokongan. Kadang-kadang satu ayat atau senyuman ikhlas pun dah cukup kuat untuk buat seseorang rasa lebih tenang. Ohmedia harap korang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan ambil mudah soal emosi orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas