Trending
”Pakai Lah Bra..”, Perkongsian Terbaru Alicia Amin Undang Perhatian
Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi detik sedih mengucapkan selamat tinggal kepada anjing peliharaannya, Luna di Instagram baru-baru ini.
Bukan kisah sedih itu yang menjadi tumpuan, tapi penampilan Alicia yang dilihat hanya pakai singlet telah mengundang kritikan netizen yang anggap pemakaiannya terlalu terdedah dan tidak sopan.
“Pakai la bra..” – Netizen

Bukan itu saja, segelintir pengguna media sosial turut menegur tindakan Alicia memeluk dan memegang anjing dalam keadaan tidak menutup aurat.
Ini bukan kali pertama Alicia menerima kecaman berhubung isu membela anjing, malah sebelum ini dia pernah menjelaskan bahawa dia sedar dengan sensitiviti masyarakat namun memilih untuk tidak hipokrit dalam gaya hidupnya.
Alicia Amin beberapa kali jadi bualan
Walaupun sering berdepan dengan kontroversi dan kritikan, Alicia tetap aktif dalam dunia hiburan tempatan dan kini kerap muncul dalam beberapa drama popular di kaca TV.
Pssttt! Sebagai selebriti, setiap perkongsian di media sosial pasti akan dinilai masyarakat. Hormatilah sensitiviti budaya dan agama, walaupun berbeza gaya hidup.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM