Trending
Harga Produk Skincare Puteri Balqis Buat Ramai Tergamam!
Pelakon muda berbakat, Puteri Balqis, kembali mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video ‘Get Ready With Me’ (GRWM) di TikTok.
Dalam video berdurasi hampir tiga minit itu, pelakon drama ‘Keluarga Itu’ yang kini berusia 18 tahun itu berkongsi rutin penjagaan kulit dan solekan hariannya yang lengkap dengan pelbagai produk kecantikan.
Nilai produk Puteri Balqis cecah RM8,000?

Apa yang mengejutkan netizen adalah anggaran harga keseluruhan produk yang digunakan, yang dikatakan mencecah hampir RM8,000!
Angka itu didedahkan oleh seorang peminat yang cuba mencongak harga produk yang dipaparkan Balqis dan hasilnya memang buat ramai ‘tepuk dahi’.
Netizen terkejut dan berseloroh

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang terkejut dan kagum dan ada juga yang menyindir dan bergurau. Bukan tu jer, ada juga yang mempersoalkan keperluan menggunakan produk semahal itu pada usia muda.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM