Oh! Artis
“Bella Menangis, Kita Pun Nangis” – Bella Astillah Dipuji Cium Tangan Peminat Warga Emas
Bella Astillah menangis terima layanan baik daripada peminat di Labuan, Sabah.
Satu video yang memaparkan Bella Astillah mencium tangan peminat dan menangis terharu di Labuan mencuri perhatian ramai di TikTok.
Sikap lemah lembut serta hormat kepada orang tua membuatkan ramai netizen memuji personaliti Bella sebagai artis yang sopan santun.
Bella Astillah dipuji hormat, cium tangan peminat
Menerusi perkongsian akaun @jr.jr506, Bella dilihat bersalam dan mencium tangan seorang wanita yang hadir ke konsert BFF 2025.
Aksinya itu disifatkan sangat menyentuh hati dan membuktikan bahawa dia tidak lupa diri meskipun dikelilingi peminat.
Attitude seorang artis yang baik, hormat orang tua. Bella terharu dengan sambutan show BFF di Labuan.
Netizen terharu, bandingkan dengan Princess Diana

Ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan bangga dan sebak daripada peminat. Malah ada yang menyamakan Bella dengan ikon terkenal dunia, Princess Diana.
Dia tahu dia milik masyarakat. Tanpa masyarakat dia tak ada di tempat macam ni sekarang.
Ramai juga yang memahami perasaan Bella apabila dihujani kasih sayang peminat yang setia berdiri di bawah hujan semata-mata mahu melihatnya secara dekat.
Pssttt! Sikap hormat dan penyayang beginilah yang membuatkan dia kekal relevan dan dicintai. Semoga terus kuat dan terus memberi inspirasi kepada ramai.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM