Connect with us

Oh! Media

“Duit Dia Memang Banyak” – Risteena Berang Netizen Tuduh Ruhainies ‘Dibela’ Sugar Daddy

Ohmedia risteena Ruhainies

Oh! Artis

“Duit Dia Memang Banyak” – Risteena Berang Netizen Tuduh Ruhainies ‘Dibela’ Sugar Daddy

Risteena berkata, hanya keluarga yang tahu bagaimana Ruhainies bekerja keras.

Pelakon, Risteena Munim tampil mempertahankan adiknya, Ruhainies yang dituduh menerima ‘sponsor’ daripada sugar daddy.

BACA: Wanita Dakwa Ruhainies Ada ‘Sugar Daddy’, Ini Respon Tuan Badan!

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Risteena mendedahkan menerima tawaran untuk mengesan salah seorang netizen yang didakwa meninggalkan komen berunsur fitnah terhadap Ruhainies.

IKLAN

Risteena pertahankan Ruhainies

Risteena

Saya memang tak nak masuk campur kes ni sebab kes ni bukan isu pasal saya. Tapi saya dapat tawaran untuk cari salah sorang yang komen fitnah. Saya hanya bantu apa yang boleh saja.

Risteena tidak berpuas hati apabila individu itu turut menyertakan hashtag #ytjt (yang tahu je tahu) seolah-olah tinggal sebumbung dengan adiknya.

Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia, tapi terpulang la kalau Ruhainies pilih Aunty @shazriza_shasha untuk berjumpa.

Menurut pelakon ini lagi, hanya mereka sekeluarga yang tahu bagaimana Ruhainies bekerja keras untuk hidup senang.

Ktorg yang family ni yang tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah sugar daddy bela dia.

Menurutnya, kali ini mereka enggan berdiam diri dan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya.

Pssttt! Asal hidup mewah je dibela sugar daddy, tak baik fitnah tanpa usul periksa tau. Kalau tindakan undang-undang diambil, tak pasal-pasal makan tak habis!

Kredit: Instagram Risteena
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas