Oh! Islam
PU Abu Letak Jawatan Lepas Jemaah Umrah Terkandas Di Jeddah
PU Abu umum letak jawatan sebagai mutawif selepas insiden jemaah umrah terkandas di Jeddah.
Isu jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah baru-baru ini terus jadi perhatian apabila pendakwah terkenal, PU Abu, umum meletakkan jawatan sebagai mutawif.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas terlalu banyak cabaran dilaluinya ketika cuba bantu kumpulan jemaah yang gagal dibawa pulang ke tanah air.
Menurut PU Abu, pihak pengurusan syarikat pengendali langsung tak beri penjelasan jelas tentang dana penginapan dan penerbangan pulang, walaupun beliau dah cuba berunding awal-awal lagi.
PU Abu dakwa pihak pengurusan tidak bagi respon pantas…
Saya sudah beri tempoh sehingga 6.30 petang waktu tempatan pada 26 Julai untuk mereka beri maklum balas.
Tapi bila tak ada sebarang respon, saya terpaksa dedahkan hal ini di media sosial.- Katanya ketika ditemui di KLIA.
Langkah itu dibuat sebagai jalan terakhir supaya pihak berkaitan, termasuk agensi kerajaan dan rakyat Malaysia, dapat bantu selesaikan masalah yang dihadapi jemaah.
Bantuan mula datang lepas isu viral…
PU Abu juga mengaku tak sangka isu ni jadi besar sampai dapat liputan media tempatan dan stesen TV. Bila perkara ini diviralkan, barulah beberapa pihak tampil bantu termasuk Kedutaan Malaysia di Jeddah.
Alhamdulillah, Ustaz Firdaus dari Firabib Group Sdn Bhd serah sejumlah wang untuk tampung kos penginapan dan beli tiket jemaah menerusi agensi pelancongan lain.- Katanya.
PU Abu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bantu pastikan kesemua 39 jemaah selamat tiba di tanah air.
PU Abu kecewa dengan sikap syarikat pengendali…
Namun dalam nada kecewa, PU Abu tegaskan bahawa syarikat pengendali umrah tak sepatutnya utamakan keuntungan semata-mata
Beliau menjelaskan, sejak menyertai syarikat itu sebagai mutawif pada 2023, dia hanyalah pekerja biasa dan bukan rakan kongsi atau pemilik syarikat.
Saya akan serahkan surat peletakan jawatan. Buat masa ni saya nak tenangkan diri dulu dan berbincang dengan jemaah serta pihak berkaitan untuk menuntut keadilan.- Ujarnya.
Difahamkan, beberapa pihak juga sudah menghubungi beliau untuk buka agensi sendiri, tapi semuanya masih dalam pertimbangan.
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang yang merancang nak buat umrah supaya betul-betul semak latar belakang syarikat pengendali. Jangan tengok harga murah semata, tapi pastikan juga syarikat itu bertanggungjawab dan ada rekod baik. Tak pasal-pasal nanti kita yang teraniaya. Hati-hati ya korang!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.



Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM