Connect with us

Oh! Media

Skuad Hoki Wanita Negara Lakukan Kejutan Ke Atas Perancis

acfajpg

Umum

Skuad Hoki Wanita Negara Lakukan Kejutan Ke Atas Perancis

Skuad hoki wanita negara berjaya sekali lagi untuk melakar kemenangan apabila menewaskan Perancis 3-2 sebentar tadi. Kemenangan ini amat berharga kerana skuad negara akan ke separuh akhir Pusingan Akhir Siri FIH di Banbridge, Ireland Utara.

Malaysian Tigress terpaksa berjuang sehingga ke saat akhir apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain bagi tempoh dua minit terakhir setelah kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani dilayangkan kad kuning.

Layangan kad kuning ini diberikan pengadil setelah kem negara tidak berpuas hati dengan keputusan ‘berat sebelah’ pengadil menghadiahkan pukulan sudut penalti kepada Perancis ketika barisan pemain negara sebenarnya berada dalam kedudukan lebih lima kaki sewaktu pemain lawan mengambil pukulan bebas di depan kawasan D.

IKLAN

Skuad negara berjaya berada di hadapan pada minit ke-6 selepas Nuraini Abd Rashid menolak masuk pukulan sudut penalti sebelum Fatin Shafika Mahd Sukri menambah gol kedua pada minit ke-8 juga menerusi gerakan sama.

Bagaimanapun seminit kemudian Delfina Gaspari berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan padang tetapi penyerang negara, Hanis Nadiah Onn meletakkan Malaysia di depan 3-1 minit ke-15 hasil gol padang.

Guusje van Bolhuis mencetuskan resah di kem negara apabila merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, akhirnya keputusan memighak kepada kem negara dan diharapkan nasib baik ini akan terus dimiliki untuk saingan seterusnya. Malaysia akan bertemu Korea Selatan dalam aksi separuh akhir, esok.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas