Oh! Tidak
Sindiket Guna Kondominium Mewah Simpan Bunga Ganja Bernilai RM3.55 Juta
Tiga lelaki tempatan termasuk dua wanita warga asing ditangkap. Sindiket dadah lebih RM3.5juta tumpas!
Modus operandi semakin licik! Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi lelaki tempatan yang menjadikan kondominium mewah sebagai tempat simpanan dan pemprosesan dadah.
Memetik laporan Harian Metro, pihak polis membuat lima serbuan berasingan sekitar Johor Bahru pada 10 hingga 11 Julai lalu.
Serbuan antara jam 1.30 petang hingga 2.30 itu membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk dua wanita warga Vietnam yang dipercayai terlibat dalam kegiatan terancang ini.
Suspek jadikan kondominium mewah tempat simpan, proses
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, sindiket itu dipercayai aktif sejak April dan memilih rumah berpagar serta berpengawal sebagai lokasi operasi.
Serbuan pertama dilakukan di tepi jalan sebelum membawa kepada serbuan susulan di bilik sewa dan tiga unit kondominium mewah.
Kita lihat trend sekarang ada bunga ganja dalam rampasan dan kita percaya ketulenan bunga ganja ini lebih tinggi, faktor khayalnya juga lebih, selain ia lebih mahal iaitu kira-kira RM36,000 sekilogram mengikut harga pasaran.
Pelbagai jenis dadah dirampas termasuk alat pemprosesan

Rampasan membabitkan lebih 20.7 kilogram serbuk ekstasi, 18.49 kilogram ganja, 154.25 gram ketamin dan 141 gram pil erimin 5 dengan nilai keseluruhan melebihi RM3.55 juta.
Selain itu, pihak polis turut menyita wang tunai RM800 dan beberapa peralatan untuk memproses serta membungkus semula dadah.
Difahamkan, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 32 hingga 39 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.
Menurut polis, semua suspek kini direman sehingga Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua suspek warga asing turut disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
Pssttt! Bila sindiket dadah makin bijak guna kediaman mewah sebagai lokasi simpan dan edaran, ia bukan sahaja menyukarkan pengesanan, malah memberi isyarat bahawa permintaan terhadap bahan terlarang ini masih tinggi.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
