Connect with us

Oh! Media

Suspek Menembak Jatuh Pesawat MH17 Akan Diumumkan Pasukan Penyiasat

image2b252832529jpg

Umum

Suspek Menembak Jatuh Pesawat MH17 Akan Diumumkan Pasukan Penyiasat

Setelah hampir lima tahun terjatuhnya pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) setelah ditembak jatuh di timur Ukraine, pasukan penyiasat antarabangsa dijangka akan umumkan pertuduan ke atas beberapa suspek menembak jatuh.

Insiden hitam yang meragut nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal itu kini disiasat dan diketuai oleh kerajaan Belanda dan perkara itu akan dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa sebelum dilakukan sidang media.

Keputusan berkenaan dicapai hampir setahun selepas penyiasat mendedahkan penemuan bahawa peluru berpandu BUK yang digunakan bagi menembak pesawat terbabit berasal dari briged tentera Russia berpangkalan di barat daya Kursk.

IKLAN

Timbalan Menteri Luar Ukraine, Olena Zerkal dalam satu kenyataan kepada agensi berita Interfax-Ukraine berkata, empat individu akan dinamakan sebagai suspek, termasuk seorang pegawai kanan tentera Russia.

“Semua nama itu akan diumumkan. Tuduhan akan diberi,” kata Zerkal sambil menambah, mahkamah Belanda akan mula bekerja untuk menilai kes itu.

Beliau menambah, pemindahan senjata seperti sistem peluru berpandu anti pesawat BUK adalah mustahil tanpa kebenaran pemerintah tentera tertinggi Russia dan ia turut membabitkan individu, selain suspek yang didakwa.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media 

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas