Connect with us

Oh! Media

Perkembangan Kes Selebriti Didakwa Lakukan Amang Seksual

Pdrm

Oh! Artis

Perkembangan Kes Selebriti Didakwa Lakukan Amang Seksual

Kes selebriti terkenal didakwa lakukan amang seksual ke atas remaja masih disiasat.

Isu panas yang mengaitkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal dengan dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terus menjadi perhatian ramai.

Terbaru, polis mengesahkan bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya kini hanya menunggu maklum balas daripada pendakwa raya selepas siasatan dilengkapkan beberapa hari lalu.

IKLAN

Mangsa dipercayai peminat selebriti berkenaan…

Datuk Hussein menjelaskan bahawa pendedahan awal kes tersebut dibuat oleh ibu mangsa yang tampil membuat laporan polis selepas menyedari sesuatu yang tidak kena.

(Kertas siasatan) Dah rujuk pada Timbalan Pendakwa Raya. Kita tunggu keputusan (tindakan lanjut).- Katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Tambah beliau, mangsa dipercayai merupakan peminat kepada selebriti tersebut dan hubungan mereka bermula selepas beberapa pertemuan di lokasi event.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), yang membawa hukuman berat sekiranya sabit kesalahan.

Pertemuan awal di event bertukar ke hotel…

Menerusi laporan terdahulu, selebriti berkenaan telah ditahan pada 3 Jun lalu. Hasil siasatan mendapati, suspek dan mangsa baru sahaja berkenalan sekitar dua bulan sebelum kejadian.

Difahamkan, kali pertama mangsa dibawa ke sebuah hotel oleh selebriti terbabit menjadi titik tolak kepada pendedahan kes ini. Suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya.

Pssttt! Dalam dunia hiburan yang penuh glamor, kita tidak boleh sesekali menutup mata terhadap isu-isu serius seperti gangguan atau amang seksual, lebih-lebih lagi melibatkan remaja bawah umur. Jika benar berlaku, kes ini harus dijadikan pengajaran supaya selebriti atau mana-mana individu yang memiliki pengaruh tidak menyalahgunakan kuasa atau populariti demi kepentingan peribadi. Ingat, undang-undang sentiasa ada untuk melindungi mangsa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas