Connect with us

Oh! Media

Felda akan terima Pengerusi baharu? Siapa?!

untitled 1png

Umum

Felda akan terima Pengerusi baharu? Siapa?!

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijangka menerima pelantikan Pengerusi baharu bagi menggantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor setelah satu emel ditulis oleh Megat Zaharuddin dan diedarkan kepada pekerja dalaman Felda menyebut beliau akan meninggalkan badan itu pada 30 Jun 2019.

“Hampir setahun Felda beroperasi dengan misi, visi baharu dan nilai teras baharu. Dalam masa setahun ini juga beberapa pelan transformasi telah diperkenalkan dan diketengahkan. Tiga telah berjaya dilaksanakan, tujuh masih lagi dalam proses penyelesaian dan selebihnya bakal menyusul selewat-lewatnya hujung 2019. Itulah perjalanan dan penglibatan saya selama berkhidmat di sini. Namun begitu, perjalanan saya sudah sampai ke penghujungnya. Dengan itu pada hari ini, dengan berat hati saya ingin mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Felda. Hari terakhir saya di agensi yang gemilang ini bermula pada 30 Jun 2019,” menurut salinan emel tersebut.

Dipetik daripada Awani, Felda berkata Pengerusi baharu bakal diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sumber : Awani
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN
Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas