Connect with us

Oh! Media

“Dia Faham Dan Terima Saya Seadanya” – Puteri Sarah Mengaku Kenal Hati Budi Seseorang

Ohmedia puteri Sarah 2

Oh! Artis

“Dia Faham Dan Terima Saya Seadanya” – Puteri Sarah Mengaku Kenal Hati Budi Seseorang

Puteri Sarah mengaku rapat dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil. Menyifatkan lelaki itu ada dikala dia sedih.

Hubungan antara pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana dan aktor Indonesia, Andi Arsyil nampaknya dah masuk ke fasa yang lebih serius.

BACA: Puteri Sarah Tiada Masalah Beraya Dengan Syamsul Yusof

Kalau sebelum ni mereka hanya dianggap sebagai rakan bisnes, kini Puteri Sarah tak sorok lagi apabila mengaku sedang mengenal hati budi masing-masing.

IKLAN

Fokus tetap pada kerjasama bisnes

Puteri Sarah

Memetik laporan mStar, walaupun ada perkembangan dari segi hubungan peribadi, Sarah menegaskan kerjasama perniagaan menjadi keutamaan mereka buat masa ni.

Saya selesa untuk katakan kini kami dalam fasa saling mengenali. Dia faham dan menerima saya seadanya. Dia jugalah mentor saya dalam perniagaan, termasuk dalam hidup saya ketika saya sedih.

Dalam masa sama, Sarah belajar daripada kesilapan lalu dan memilih untuk lebih berhati-hati apabila bercakap soal peribadi.

Sarah masih dalam fasa ‘healing’

Puteri Sarah

Selepas melalui episod rumah tangga yang penuh dugaan, Sarah bersyukur ramai yang mendoakan kebahagiaan dirinya.

Saya percaya, jika sesuatu hubungan itu diasaskan dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan, ia pasti akan membuahkan sesuatu yang positif. Apa pun, biarlah semuanya berlaku secara semula jadi.

Walaupun kini dilihat lebih ceria, Sarah sendiri akui dia masih dalam proses membina hidup baru yang lebih tenang.

Pssttt! Kalau dah jodoh apa salahnya, dua-dua pun masih single kan. Semoga Sarah menemui kebahagiannya yang sebenar. Amin.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas