Connect with us

Oh! Media

Guru Tidak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan – Teo Nie Ching

apabila2bdipasang2bdengan2bmeter2bbaharu2bmaka2bada2bpeningkatan2bdalam2bbil 2bir2bmegat2bjalaluddin2bmegat2bhassan2b252822529png

Umum

Guru Tidak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan – Teo Nie Ching

Mengulas kejadian rotan yang viral di media sosial, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata seorang guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar, kerana larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.

IKLAN
Dipetik dari Awani, Nie Ching berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan seorang guru yang telah merotan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan kerana berkelakuan biadap  dengan menggelarkan cikgu berkenaan sebagai ‘pondan’ di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.
Nie Ching berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan penyiasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan menerapkan elemen budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Sumber : Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Youtube Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas