Connect with us

Oh! Media

Pelakon Popular Ditangkap Polis, Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Oh! Artis

Pelakon Popular Ditangkap Polis, Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Pelakon terkenal disiasat kerana didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja di hotel Selangor.

Dunia hiburan tanah air sekali lagi digemparkan dengan kes melibatkan salah seorang pelakon dan penyanyi terkenal apabila dia ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipercayai mengenali selebriti terbabit di sebuah kafe tempat dia bekerja. Perkenalan itu kemudian membawa kepada beberapa pertemuan lain yang akhirnya membawa mereka ke sebuah hotel di Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan tangkapan ini.

IKLAN

Ketika dalam pertemuan itu, suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

Suspek telah ditahan pihak polis namun kini dibebaskan dengan jaminan sementara siasatan sedang dijalankan.

Pelakon lelaki popular disiasat bawah akta seksual terhadap kanak-kanak…

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan berkaitan perbuatan tidak bermoral terhadap golongan bawah umur.

Nama pelakon tersebut masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa dan siasatan lanjut akan menentukan langkah seterusnya termasuk tindakan undang-undang.

Pssttt! Pergaulan tanpa batas dan penyalahgunaan kuasa oleh individu berpengaruh boleh membawa padah. Golongan muda, khususnya remaja, perlu lebih berhati-hati dalam berinteraksi dengan orang dewasa, walaupun mereka dikenali atau popular. Jangan mudah percaya dan lindungi diri daripada sebarang bentuk gangguan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas