Demi menarik pengguna di Asia, Tinder bertindak mengambil langkah untuk mengubah reputasinya sebagai aplikasi yang menjurus penggunanya mencari pasangan untuk membuat maksiat.
Pengendalinya, Syarikat Match Group Inc. sedang mencari jalan untuk menembusi pasaran Asia, di mana terdapat berjuta-juta individu bujang yang tidak pernah lagi mencuba sebarang aplikasi mencari pasangan ataupun teman hidup. Syarikat berkenaan mengakui cabaran berkenaan, kerana rantau itu dilihat lebih konservatif dan kuat pegangan tradisi dan agamanya berbanding negara barat.
“Sewaktu berada di India untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya, saya sempat bertanyakan pendapat mereka mengenai tradisi perkahwinan diatur keluarga. Mereka membalas dengan ketawa dan berkata bahawa ianya perkara lapuk,” tambah Ginsberg.
Menurut Awani, Perbezaan budaya antara negara-negara Barat dan Asia adalah cabaran terbesar mereka. Sebagai contoh, pengguna Tinder di Amerika Syarikat banyak memuat naik gambar yang memaparkan rupa dan bentuk badan mereka manakala pengguna di Korea Selatan memuatnaik gambar makanan kegemaran, haiwan peliharaan atau hobi.
Di India, penggunanya menitikberatkan agama, bahasa dan kasta dalam mencari pasangan.Pengguna Jepun pula lebih cenderung memasukkan butiran jenis golongan darah mereka, sebagai petanda kepada personaliti mereka menurut kepercayaan orang Jepun.
Sumber: Awani
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.