Connect with us

Oh! Media

KBS Desak PDRM Terus Siasat Sampai Jumpa Pelaku Kes Simbah Asid Faisal Halim

faisal halim asid ohmedia

Oh! Arena

KBS Desak PDRM Terus Siasat Sampai Jumpa Pelaku Kes Simbah Asid Faisal Halim

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil menyuarakan kebimbangan terhadap insiden serangan asid ke atas pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Menurut laporan Kosmo, KBS juga mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan hingga dalang sebenar berjaya ditangkap.

Hannah Yeoh gesa PDRM jangan henti siasatan

img 4804

Tindakan kejam itu merupakan jenayah berat dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan aset negara dalam dunia sukan dan perkara ini dikatakan sendiri Menterinya, Hannah Yeoh.

IKLAN

Saya berharap pihak polis tidak akan terhenti seperti itu. Saya lega kerana siasatan masih diteruskan dan berharap mereka akan mengerah lebih banyak tenaga untuk cari pihak yang bertanggungjawab.

Kes Faisal Halim disahkan NFA, tapi rayuan telah dihantar

faisal halim

Semalam, pasukan peguam Faisal Halim mengesahkan bahawa kes itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh pihak berkuasa.

Namun begitu, peguam Nik Zarith Nik Moustpha mendedahkan bahawa mereka telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April bagi memohon siasatan dibuka semula.

Kami telah berbincang dengan Faisal dan bersetuju untuk mengambil langkah susulan demi menuntut keadilan.

Pssttt! Keselamatan atlet negara adalah tanggungjawab bersama. Keadilan mesti ditegakkan agar insiden kejam seperti ini tidak berulang.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Satu Prompt, Semua Animator

Popular Bulan Ini

Oh! Podcast

Pernah Jual Baju Bayi Untuk Sara Hidup, Kudrat 1968 Lonjak Nama Akmal Asyraf | Oh! Podcast Ep33

Pernah Jual Baju Bayi Untuk Sara Hidup, Kudrat 1968 Lonjak Nama Akmal Asyraf | Oh! Podcast Ep33

OH! MEDIA•03/11/2026 5:44 PM

Ohmedia Banner
Ke Atas