Oh! Artis
Ruhainies Dedah Kenapa Tak Pernah ‘Maki’ Balik Haters Di IG
Pelakon kontroversi Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil berkongsi pandangannya mengenai haters di Instagram.
Menerusi perkongsian di IG Story, Ruhainies menjawab kenapa dia memilih untuk tidak melayan atau membalas komen-komen makian yang dilemparkan kepadanya.
“Kalau rasa rimas ke apa I delete”
Menurut Ruhainies, kebanyakan akaun yang meninggalkan komen negatif adalah akaun palsu atau jenis yang memang suka buat provokasi.
Katanya, walaupun kadang-kadang rasa nak marah, tapi ada juga yang komen dalam cara yang ‘comel’.

Ruhainies juga menambah bahawa jika seseorang itu sibuk dan bahagia dengan kehidupan mereka, tentu mereka tidak akan ada masa untuk sibuk komen di IG orang lain.
Jadi, dia lebih memilih untuk husnuzon sahaja. Pelakon ini juga menjelaskan bahawa komen negatif itu lebih menggambarkan siapa diri si pengkritik.
“I tak marah, lebih kepada simpati”

Apa yang dorang tulis/komen tu melambangkan diri dorang sendiri… Bukan melambangkan Anis. So sebab tu I tak marah. Lebih kepada simpati.
Terdahulu, pelakon kecil molek Ruhainies menerima kecaman ramai selepas ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.
Ruhainies juga dikatakan menjadi punca perpisahan Aliff dan isterinya, Bella Astillah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM